Unit Pentadbiran

Fungsi/Aktiviti


  • Mengurus dan merekod perjalanan surat/fail yang diterima dan yang dihantar keluar untuk tindakan dan kelulusan.
  • Menjilid, menyusun dan menyelaras semua dokumen dan pelan untuk dibukukan sebagai dokumen tender/sebuthargga untuk tawaran tender/sebutharga.
  • Menjilid, mendokumen dan menyelaras dokumen kontrak untuk ditandatangani dan disempurnakan dengan memanterainya.
  • Menyediakan, memproses dan menyelaras dokumen-dokumen sokongan bayaran, pesanan dan baucer untuk kelulusan dan kemasukan data sebelum dihantar ke jabatan perbendaharaan.
  • Menyelaras, mengemaskini dan mengurus rekod perkhidmatan kakitangan seperti cuti, laporan prestasi, tuntutan perbatuan, lebihan masa, perlantikan baru, kursus, seminar dan lain-lain yang berkaitan sumber tenaga manusia.
  • Menguruskan dan mengendalikan peruntukan kewangan bagi tujuan pembayaran projek dan lain-lain perbelanjaan.
  • menyelaras, menyemak dan mengawasi polisi-polisi insuran dan cover note, menyelaras bon perlaksanaan serta tempoh luput dan memulangkan jaminan bank/ jaminan insuran/ cagaran tunai yang tamat tempoh.
  • Mengumpul dan mengkoordinasi justifikasi dan perkiraan belanjawan.
  • mengemaskini laporan/ status projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan untuk mesyuarat-mesyuarat majlis.
  • menyelaras dan mengemaskini inventori dan stor.
  • mengatur, mengurus dan mengawasi sistem fail.
  • kerja-kerja menaip.
  • lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua unit/ bahagian/ jabatan

Comments