Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset

Fungsi/Aktiviti


  • Bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan teknikal bagi perlaksanaan projek pembangunan untuk majlis. projek-projek bangunan majlis dikendalikan sendiri oleh unit ini manakala projek-projek besar diserahkan kepada perunding.
  • Bertanggungjawab didalam semua kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan milik majlis. kerja-kerja penyelenggaraan yang kecil dijalankan oleh pekerja unit penyelenggaraan aset. manakala kerja-kerja penyelenggaraan yang rumit dan melibatkan kos yang banyak, maka perlawaan tender dan sebutharga akan dibuat.
  • bertanggungjawab didalam mengendalikan urusan sewaan peralatan seperti plat form besi, plywood dan backdrop serta di cat kepada kakitangan majlis/badan kerajaan/ badan berkanun/ NGO/ persatuan/ orang awam.
  • lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua bahagian/ unit/ jabatan.
  • membina, mengubah suai, menyelenggara dan kerja-kerja berkaitan dengan pejabat, bengkel, kuarters, kompleks uskan, pusat perniagaan, dewan dan sebagainya untuk majlis.
  • menguruskan tindakan aduan-aduan yang diterima daripada bahagian aduan, bahagian pentadbiran am dan lain-lain bahagian/jabatan majlis. pemeriksaan serta kerja-kerja penyelenggaraan kerap akan dibuat ke atas bangunan majlis bagi memastikan didalam keadaan sempurna.
  • menguruskan permohonan ahli majlis dan adun menggunakan peruntukan ahli majlis atau adun bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan majlis dan kemudahan awam.
  • menyelaras dan mengendalikan peralatan termasuk pengangkutan bagi membawa peralatan dan pekerja untuk acara-acara rasmi keraian, perasmian dan lain-lain.
  • memastikan semua perkhidmatan teknikal struktur (in-house) serta melalui perunfing berjalan lancar.
  • menyemak pelan-pelan yang dikemukakan dalam projek-projek usahasama (penswastaan dengan majlis) supaya mengikut piawaian dan kehendak majlis.

Comments