PENGENALAN DAN FUNGSI BAHAGIAN ASET

BAHAGIAN ASET ADALAH UNIT YANG TERLETAK DI BAWAH KAWALAN JABATAN KEJURUTERAAN, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. BAHAGIAN INI TERDIRI DARIPADA PENTADBIRAN, UNIT PEMBANGUNAN ASET DAN UNIT PENYELENGGARAAN ASET.



  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek pembangunan yang dirancang oleh pihak majlis dari segi bangunan serta penyelenggaraan bangunan-bangunan majlis.
  • Projek-projek yang dirancang oleh pihak majlis dilaksanakan sendiri oleh kakitangan bahagian aset manakala projek yang menggunakan belanja besar dibantu oleh pihak juru perunding.
  • Melaksanakan semua aduan-aduan yang diterima, dilaksanakan dengan segera melalui kakitangan penyelenggaraan atau panggilan sebutharga.
  • Menentukan setiap projek yang dilaksanakan melalui proses perunding bersama agensi/jabatan/jawatankuasa yang berkenaan serta mengemukakan pelan dan lain-lain dokumentasi melalui saluran yang betul.
  • Menentukan dan melaksanakan berdasarkan kepada program jangka panjang yang dirancang dengan teliti
  • Bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan projek-projek pembangunan dari segi rekabentuk yang terlibat dengan semua jabatan supaya mempunyai elemen-elemen dari segi kejuruteraan, landskap dan elektrikal.

Comments